Mengapa memilih Tablet dan Smartphone yang diiklankan?
Terdapat banyak produk tablet di pasaran dengan harga serendah RM189 sehingga harga ribuan ringgit. Produk yang diiklankan adalah dalam kategori "entry level" dan hampir semua tab yang berada dalam kategori ini tidak mempunyai khidmat sokongan pelanggan di peringkat seluruh negara. Mereka hanya menyediakan perkhidmatan lepas jualan di outlet mereka sahaja dan kebanyakkan outlet ini berada di Lembah Klang sahaja.
Pembekal yang dipilih telah berada dalam pasaran produk-produk ini untuk jangkamasa yang panjang dan mempunyai syarikat yang besar yang menyokong perniagaan mereka.
Bagaimana dengan ketahanan bateri?
Secara purata, 3 jam. Semasa ujian, penggunaan berterusan antara game dan Internet mencapai 4 jam.
Apa yang boleh dilakukan menggunakan Tablet ini?
Hampir keseluruhan apa yang boleh dilakukan oleh notebook. Walaupun tab ini dikatakan sesuai untuk main game sahaja, ujian telah dilakukan dan ianya boleh digunakan untuk tujuan yang benar-benar serius seperi menguruskan laman web, blog, facebook, menaip kertas kerja dan pelbagai aplikasi pejabat.
Apakah perbezaan antara notebook dan Tablet ini?
Notebook biasanya beroperasi menggunakan Windows sedangkan tab ini menggunakan sistem android yang sangat berbeza dan yang paling ketara ialah kemudahan touch screen. Perisian seperti Microsoft Office juga boleh diperolehi dengan versi yang berbeza iaitu Kingsoft Office.
Sekiranya terdapat presentasi menggunakan powerpoint, bagaimana untuk dipersembahkan menggunakan tab ini?
Powerpoint perlu ditukar ke format movie seperti avi terlebih dahulu. Dengan format avi, ia boleh digunakan di tab ini.
Apakah kelebihan menggunakan tab atau smartphone yang mempunyai 2 SIM (Dual SIM)?
1 SIM adalah untuk membuat panggilan manakala yang 1 lagi adalah untuk sambungan ke Internet.
Dengan cara begini, anda tidak perlu menukar SIM untuk membuat panggilan dan menukar semula apabila mahu akses ke Internet.
Kebaikan ini menjadi lebih ketara apabila menggunakan syarikat telekomunikasi yang berbeza untuk mendapatkan kadar yang terbaik.
Siapakah yang perlu memiliki tab ini?
Sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan Internet mahupun aplikasi yang berkaitan.
Usahawan -Dengan aplikasi yang pelbagai seperti capaian Internet, kalender, Office, bebanan membawa notebook sudah berlalu. Bagi mereka yang berkecimpung dalam industri Insurans mahupun MLM, menunjukkan produk serta pelan pemasaran menjadi lebih mudah.
Pelajar - Sumber rujukan tanpa perlu mengganggu ahli keluarga yang lain menggunakan PC di rumah. Menggunakan kemudahan skype untuk berbincang sesama rakan tidak perlu sebarang bayaran berbanding dengan panggilan telefon.
Surirumah - Sumber maklumat tanpa batasan seperti resepi, fesyen, berita dalam talian yang boleh diakses pada bila-bila masa. Bagi mereka yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dalam talian seperti cookies dan sebagainya, pemantauan mengenai tempahan boleh diuruskan dengan mudah menggunakan blog atau facebook.
Kanak-kanak - Pendedahan diperingkat awal khususnya aplikasi pembelajaran yang pelbagai dan kemudahan game yang bersesuaian dengan usia mereka.
Cuba bayangkan anda sekeluarga menggunakan kemudahan sms dan panggilan percuma, anda, pelanggan anda dan rakan-rakan yang berada dalam industri yang memerlukan perhubungan yang kerap seperti industri MLM dan insurans, saudara mara yang berada di luar negara...
Bil panggilan anda akan dapat dikurangkan dengan ketara tetapi keuntungan hasil dari perhubungan tersebut akan meningkat. Tak terfikir perkara ini boleh berlaku!!
Sekiranya saya hanya sekadar mahu membeli untuk anak saya bermain games, bolehkah saya dikecualikan dari membeli casing dan modem?
Pembelian produk adalah mengikut pakej yang disediakan, jadi pilihlah pakej yang bersesuaian.
Matlamat Gerak Muafakat bukan sekadar menggalakkan ahli-ahlinya memiliki tab sahaja.
"Gerak Muafakat ialah satu inisiatif untuk mengajak orang ramai untuk menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan urusan jualbeli mahupun keperluan kepada sesuatu perkhidmatan.
Matlamat pergerakkan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli."
Pemilikan tab, smartphone, pelancongan dan sebagainya adalah salah satu daripada inisiatif tersebut dan bukannya matlamat akhir. Dalam program ini anda digalakkan untuk memiliki set lengkap ini supaya;
- Anda yang belum menjadi sebahagian dari dunia digital mula dengan langkah pertama ini,
- Bagi mereka yang sudah berada dalam dunia digital, keahlian anda di Gerak Muafakat akan memberi anda pendapatan untuk menampung keperluan bayaran bil internet, telefon mudah alih anda dan lebih dari itu sebenarnya,
- Berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai kaedah pemilikan ini dan
- Dengan jaringan yang terbina, anda boleh memiliki lebih banyak produk serta perkhidmatan yang lebih mahal secara berperingkat.
Setelah saya kenalkan 4 rakan, berapa lama proses menghantar produk?
Penghantaran akan dilakukan mengikut jadual yang yang diberkan oleh pembekal
MENGAPA PERLU MEMILIKI SMARTPHONE
Smartphone adalah salah satu cabang telekomunikasi menggunakan ‘telefon pintar’. Ia juga mempunyai komuniti tersendiri seperti i-phone (apple) dan blackberry yang menggunakan android sebagai platform. Samsung adalah peneraju smartphone.
Di antara keistimewaan penggunaan smartphone ialah:
- Kita boleh install aplikasi yang penting dalam kehidupan kita seperti Kitab Al-Quran, Surah Yasin, buku-buku ilmiah, koleksi ceramah di radio IKIM dan beribu-ribu lagi aplikasi lain yang bersesuaian dengan keperluan.
- Boleh berhubung dengan ahli keluarga, rakan-rakan melalui IM (Instant Messaging) dan panggilan suara mahupun video. Contoh: Melancong - boleh tunjuk tempat-tempat menarik kepada mereka yang di rumah dan tidak berpeluang pergi bersama. Ziarah yang sakit di hospital dan hubungkan dengan ahli keluarga yang jauh. Anak yang sedang belajar di lokasi yang jauh dari rumah boleh sentiasa berhubung dengan ahli keluarga.
- Dapatkan info yang diperlukan di internet pada bila-bila masa. Contoh: Kesesakkan lalu lintas, cawangan bank yang berhampiran, hospital dan pelbagai kemudahan penting yang lain. Mereka yang menjual produk-produk kesihatan boleh melayari internet untuk mencari bahan-bahan bacaan tambahan untuk memantabkan pengetahuan mereka.
- Aplikasi yang di install tidak melanggar hakcipta kerana aplikasi disediakan oleh pencipta aplikasi itu sendiri.
- Semua komunikasi menjadi realtime, email, blog, facebook dsb.
- Penggusaha MLM atau mereka yang berkecimpung dalam industri perkhidmatan seperti Insurans perlu sentiasa berhubung dengan ahli dalam jaringan/pelanggan. Dengan kemudahan IM dan panggilan percuma akan mengurangkan kos telekomunikasi sekaligus meningkatkan pendapatan.
- Dengan faedah yang anda perolehi dengan penggunaan smartphone, anda boleh menggalakkan orang lain juga menggunakan perkhidmatan yang sama.
“GUNAKAN TELEFON PINTAR UNTUK MENCIPTA KEHIDUPAN YANG LEBIH PINTAR”
NOTA: Secara berperingkat, tutorial menggunakan android akan dimasukkan di laman ini sebagai panduan dan kegunaan ramai.